Skip to main content

Product Review : Lipstick Nurraysa

Assalamualaikum

Hai.

Brand Nurraysa ni memang dah tak asing lagi. Buka Facebook, scroll timeline nampak orang promote barang Nurraysa, lalu dekat highway nampak billboard iklan Nurraysa, buka tv pun ada iklan Nurraysa. Kiranya brand Nurraysa ni makin famous la sekarang. Jadi aku pun terpanggil untuk mempromosikan produk ni. Eh, salah untuk review je.


Seiring dengan trademark Nurraysa, sekarang semua orang boleh jadi cantik tanpa ragu-ragu. Sebab, semua produk Nurraysa ni MESRA WUDUK. Sebagai perempuan cabaran kita ialah makeup dan solat. Kalau dah pakai makeup tu memang susah nak tanggalkan, kena pakai makeup remover untuk pastikan kulit kita ni dah betul-betul bersih. Kalau tak nanti wuduk tak sah, bila solat pun jadi tak sah. 

Jadi dengan adanya produk Nurraysa ni, kita tak payah susah-susah nak guna makeup remover, cuci makeup hanya dengan air dah boleh hilang. Senang kan? Jimat masa lagi. Kali ni aku akan review satu produk Nurraysa, iaitu Pearl Magic Lipstick yang aku rasa best sangat. 


Nurraysa Pearl Magic Lipstick ni sangat best sebab dia tak mengeringkan bibir dan mengeluarkan warna yang natural. Lipstick ni bila kita pakai, dia akan merah ikut warna bibir kita. Paling best sebab dalam lipstick ni ada collegen yang membantu melembapkan dan menyihatkan bibir kita. So, kita tak payah susah-susah nak pakai lip balm sebelum pakai lipstick lagi.

Lagi satu, warna dia tahan lama tau. Walaupun kita makan ataupun minum warna dia tak mudah luntur. Bibir kita tetap nampak pinkish walaupun dah makan sepinggan nasi ataupun dah minum bergelas-gelas air. Paling penting, produk ni dah semestinya 100% produk muslim yang dijamin HALAL tanpa bahan terlarang. Jadinya memang sangat-sangat selamat. Bibir nampak pinkish, lembap dan glowing sangat lepas sapu lipstick ni.

Sangat-sangat recommended sebab tak ambil masa yang lama nak pakai lipstick ni. Cuma oleskan di bibir dan tunggu warna bibir bertukar jadi pinkish. Masa pun lebih jimat sebab kita dah tak payah nak pakai lip balm, lepastu baru nak pakai lipstick. Kalau warna pekat sangat nanti dah nak kena lap pula, lepastu pakai balik semula. Leceh kan. 


Maaf la background memang bersepah sebab tengah berkemas.

Kebaikan Pearl Magic Lipstick :

  • Mesra wuduk
  • Mengikut warna darah si pemakai
  • Membuat bibir sentiasa lembap dan nampak segar
  • Tidak mengeringkan bibir
  • Tidak mengandungi plumbum yang boleh membuatkan bibir berwarna lebam

Kandungan Pearl Magic Lipstick : Collegen, Pearls, Vitamin E, Olive fruit oil, Sunflower seed oil, Virgin coconut oil. 

Cara guna : Oleskan Pearl Magic Lipstick pada bibir anda dan biarkan seketika. Bibir anda merah mengikut suhu badan anda.

Korang boleh dapatkan lipstick ni dengan harga RM24 je tau, harga asal RM30. Jadi, cepat grab pelang yang ada sementara tengah offer ni. Boleh order lipstick ni dengan pengedar yang sah. klik sini untuk order


Comments

messarah said…
Jemput singgah blog ye :)

https://messarah.blogspot.my/2017/07/baru-sem-1.html

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka