Skip to main content

Gaya Tudung Untuk Tutup Muka Chubby

Assalamualaikum.

Hai.

Kalau tengok tutorial tudung mesti rasa nak cuba semua kan? Tapi tulah kadang-kadang tak semua jenis style sesuai dengan muka kita. Lagi-lagi untuk orang yang muka chubby bulat macam aku ni haa. 

Memang aku suka try and error gaya-gaya tudung yang boleh fit dengan muka aku yang bulat-chubby ni supaya boleh nampak lonjong. Based on experiment, pembacaan, dan tips daripada kakak aku sendiri, now I managed to get the tudung style that suit with my face. Jadi bila pakai tudung tu tak adalah nampak Potato lagi.

Jadi untuk korang yang nak cuba style lain daripada yang lain untuk tutup muka bulat chubby awak tu boleh tengok tutorial dekat bawah ni.

credit video : Youtube



Biasanya style macam ni aku pakai bila keluar makan dengan kawan-kawan ataupun kalau ada majlis kenduri. Untuk dapat bentuk tudung yang cantik macam ni, korang boleh guna shawl jenis heavy chiffon yang flowy. 



Gaya macam ni pula cantik kalau kita nak pergi majlis kahwin ke, ataupun ada event makan malam atau apa-apa event yang korang rasa nak nampak elegant tapi dalam masa yang sama nak simple je. Jenis shawl untuk gaya ni biasa kita pakai jenis shawl yang kain dia tak jarang contoh macam shawl satin ataupun bubble shawl. Kalau dapat jenis yang heavy dan lembut memang perfect sangat!



Ni gaya shawl ala-ala hybrid gitu sebab dia bawal-shawl. Daripada shawl kita boleh jadikan macam bawal. Sebenarnya ada je jual yang dah ready made punya, so kita tak payah susah-susah nak lipat. Tapi kalau jenis kain shawl tu ok, tudung kita pun terbentuk cantik je kalau lipat. Untuk buat gaya shawl hybrid ni biasanya orang guna kain shawl heavy chiffon.



Aku suka sangat gaya ni. Sebab dalam satu gaya tu kita nampak cute dan dalam masa yang sama nampak sisi elegant tu. Aku cadangkan kalau macam hari ada presentation tak kira la student ataupun yang dah bekerja, cubalah style tudung ni. Kita cuba gaya lain daripada yang lain untuk gain confidence dan dalam masa yang sama boleh impressed orang sekeliling dengan performance kita. Aku recommend untuk pakai bubble shawl ataupun heavy chiffon. Pilihan warna pula fokus untuk warna-warna yang gelap, sebab untuk nampak formal kan? 


Ni gaya yang paling paling paling aku suka. Sebab senang dan cepat. Biasanya gaya shawl drape macam ni jadi pilihan semua orang sebab tak guna banyak pin dan tak ambil masa yang lama pun nak menggayakan. Gaya ni sesuai kalau korang nak pergi shopping ke, pergi kelas ke apa ke. Kalau nak pakai buat pergi kenduri pun ok je. Jenis shawl pula, tak kisah, semua jenis shawl pun masuk je.

Semoga entri kali ni bermanfaat untuk korang okay! Cuba komen sikit dalam banyak-banyak gaya, gaya mana yang korang suka.

XOXO.






Comments

Unknown said…
style tudung dah macam-macam skarang ni kan..best tgk tutorial pakai tudung!

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka