Skip to main content

Pre Ramadhan Penang Trip : Part 1

Assalamualaikum

Hai.

Harini nak kongsi pengalaman pergi Penang dengan team Islamic Malaysia Relief untuk agihan makanan kepada golongan asnaf di Penang. (Dah nak dekat sebulan baru sempat nak update cerita) Sebelum ni, aku memang tak pernah join mana-mana NGO untuk program sukarelawan macam ni. Tapi niat di hati tu adalah nak join sebab nak rasa dan tengok sendiri keadaan orang susah. Yela, kita ni dah biasa hidup senang. Nak makan senang, makan pakai semua cukup. Tak macam diaorang tu, makan entah cukup entah tak, kan?

Aku dapat join program ni pun sebab Kak Nisa yang ajak aku. Sebab mulanya dia takde kawan nak pergi, kebetulan aku jumpa dia masa aku pergi kenduri dekat rumah kawan ayah. Dengar kata nak pergi Penang kan? Setuju je la. Bukan selalu dapat pergi negeri orang.


Penang Trip Day 1 / 24 Mei 2017 (Rabu)



Pagi tu, aku bangun awal bertolak dari Segamat ke Kajang pukul 7 pagi. Sebab dah janji dengan Kak Nisa nak jumpa kat Kajang. Lepastu dalam pukul 9 pagi, kitaorang gerak dari Kajang terus ke Penang. Ingatkan kitaorang berdua je pergi. Rupanya ada lagi sorang yang ikut (kawan sekerja Kak Nisa). Jadinya, ada tiga orang la. Kawan sekerja Kak Nisa tu orang panggil Sis Aini, tapi nampak gaya dia baya macam Umi aku, jadi dia suruh aku panggil dia Cik Ani je.


Pukul 3 petang selamat sampai Penang. 6 jam perjalanan, akhirnya sampai juga. Memang kematu punggung, sakit pinggang. Lagi-lagi aku ni yang bertolak dari Johor. Memang terasa keras pinggang. Sampai je dekat Penang terus check in hotel. Hotel kitaorang terletak di Gurney. Kak Nisa dah tempah Hotel Gurney Lodge untuk kitaorang bermalam. Hotel ni tempat dia memang strategik gila. Sebelah shopping mall (jalan kaki je kalau nak pergi). Lepastu depan hotel ada deretan gerai-gerai makan dan tempat bas Penang Hop on Hop off berhenti.


Haa macam ni la rupa bilik kitaorang. Gambar ni ambil dari Google. Sebab tak sempat nak snap gambar. Sampai je kat hotel terus semua terlepek atas katil sebab kepenatan. Lepastu kena bersiap-siap sebab petang tu kitaorang ada program dengan Maybank. 

Lepas dah siap solat, mandi kambing sikit kitaorang terus bersiap ke Maybank untuk program agihan pek makanan untuk golongan asnaf yang terpilih. Kerja aku untuk petang tu hanyalah untuk jadi photographer. Setiap benda aku kena ambil gambar. Nampaknya aku dengan kamera memang tak boleh pisah. Dekat U pun kerja aku jadi photographer juga (aku JPK Publisiti).


Antara golongan asnaf yang dah sampai.



Gitu gini, dekat Maghrib juga baru selesai. Malam tu kitaorang plan nak makan Nasi Kandar Beratur yang popular tu. Tapi kedainya buka pukul 10 malam. Kenalah tunggu pukul 10 kalau nak pergi. Habis program terus balik hotel. Dengan jammed nya, dah Isyak baru sampai hotel. Perut tak payah cakap, memang dah lapar gila. Sampai je dekat hotel, terus kitaorang pergi jalan-jalan dekat Gurney road. Nak tengok apa yang best jual dekat gerai-gerai tu.


Siapa kenal abang ni? Betul la dia la yang viral tu. Gerai dia la yang Tengku Puan Pahang datang singgah makan durian. Aku pun terkejut masa mula-mula nampak. 

"Eh ni macam orang durian yang viral tu."

Tak sangka gerai dia betul-betul depan hotel aku. Hahaha, tak makan pun duriannya. Sebab takde feeling nak makan durian pun masa ni,


Jalan punya jalan, ternampak pula gerai pasembur ni. Perut pun memang dah lapar, terus je la beli. Memang sedap. Kuah panas-panas dia curah. Puas gila la makan. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Tengoklah aku, enjoy gila makan. Muka memang dah barai teruk dah. Kepala ingat katil je.

Misi untuk makan Nasi Kandar malam tu tak berjaya sebab perut dah kenyang gila makan pasembur dengan portion yang melimpah. Jadinya lepas makan, terus balik hotel, mandi-mandi, solat apa semua lepas tu terus tidur. Memang tak laratnya la nak keluar makan nasi kandar pula. 

Entri ni kalau disambung sampai hari ketiga, panjang dia macam boleh buat sebuah novel. Jadi, untuk hari kedua aku akan cerita dalam entri seterusnya. :) Jangan lupa untuk terus membaca okay!

XOXO.









Comments

Greaat blog you have

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka