Skip to main content

Beg Raya daripada Zalora

Assalamualaikum.

Hai.

Siapa pernah dapat voucher percuma dari Zalora angkat tangan! Aku yakin most of the bloggers pernah dapat kan? Mungkin juga korang pernah dapat jemputan daripada team Zalora untuk projek ZCOOP Magazine tu.

Aku pun terpilih untuk join team ZCOOP tu, jadi untuk artikel pertama aku tentang pakaian jenama Dorothy Perkins (melayakkan aku untuk dapat voucher percuma bernilai RM50).

Bila dah dapat je voucher tu apa lagi, terus buka website Zalora. Lepastu pilihla apa yang nak beli kan. Mula-mula tengok bag, lepastu tengok aksesori, tak habis lagi jelajah tengok kasut pula. Last-last pilih beg je la lagi senang. Boleh buat handbag raya.

Cantiknya sampul parcel edisi #ZALORAYA2017 ni.


Inilah dia beg yang aku beli tu. Cantik tak? Ada tiga warna sebenarnya hitam, kelabu dengan warna ni. Memang saje beli warna ni sebab nak matching dengan purse aku yang warna sama macam ni, dengan handphone aku warna rose gold. Barulah boleh matchy-matchy di hari raya. 


Ni pula rupa bahagian dalam beg. Biasa beg raya kecil-kecil comel je kan? Jadi kali ni nak lain sikit, kita beli besar terus. Sebab banyak benda nak sumbat kan. Nanti abang aku lagi tumpang letak dompet dia semua, so memang saja cari yang besar. Lepastu fikir nak jadikan beg pergi kuliah. Senang boleh sumbat buku-buku. 

Masa proses penghantaran pun tak lama. Contoh macam kalau order hari ni, esok atau lusa dah sampai dah. Jadi, memang sempat sangat la masa tu aku beraya dengan handbag baru. Walaupun masa order tu, lagi 4 hari nak raya. 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Hai.

          Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA.

1 April 2016




     Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala.

"Apa nak prepare?'

"Soalan apa dia akan tanya?"

"Penemu duga tu agaknya macam mana?"

and so on.

Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni). So, daripada tips dorang, …