Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Resepi Kurma Milkshake Sedap

Assalamualaikum.

Hai.

Bulan puasa dah lama pergi. Tetiba rasa rindu pula kan nak puasa? Kadang-kadang rasa terlupa  yang kita ni dah raya. Sampai bila masak untuk makan malam, sanggup tak rasa kuah tu masin ke tawar ke, sebab ingat masih puasa.

Sepanjang puasa haritu, aku selalu berbuka dengan air kurma milkshake. Resepi kurma milkshake tu aku dapat dekat Facebook. Kebetulan semua bahan pun memang ada dekat rumah, so apa lagi, buat je la. Memang sedap sangat rasa dia. Lepas minum rasa sangat bertenaga, kalau nak minum waktu sahur pun boleh.

Kurma milkshake ni sangat bagus terutama untuk student macam aku ni. Selain daripada bagi tenaga, boleh buat ingatan jadi lebih kuat. Memang tak rugi kalau cuba buat.

Bahan-bahan :


5 atau 7 biji kurmaSatu cawan air panas2 kotak kecil susu 2 sudu kecil madu Cara-cara : Rendam kurma (dah buang biji) di dalam cawan yang berisi air panas dan biarkan selama 30 minit.Kemudian masukkan semua bahan-bahan dan blend sehingga sebati.Tapis air tersebut sebelum d…

Beg Raya daripada Zalora

Assalamualaikum.
Hai.
Siapa pernah dapat voucher percuma dari Zalora angkat tangan! Aku yakin most of the bloggers pernah dapat kan? Mungkin juga korang pernah dapat jemputan daripada team Zalora untuk projek ZCOOP Magazine tu.
Aku pun terpilih untuk join team ZCOOP tu, jadi untuk artikel pertama aku tentang pakaian jenama Dorothy Perkins (melayakkan aku untuk dapat voucher percuma bernilai RM50).
Bila dah dapat je voucher tu apa lagi, terus buka website Zalora. Lepastu pilihla apa yang nak beli kan. Mula-mula tengok bag, lepastu tengok aksesori, tak habis lagi jelajah tengok kasut pula. Last-last pilih beg je la lagi senang. Boleh buat handbag raya.
Cantiknya sampul parcel edisi #ZALORAYA2017 ni.

Inilah dia beg yang aku beli tu. Cantik tak? Ada tiga warna sebenarnya hitam, kelabu dengan warna ni. Memang saje beli warna ni sebab nak matching dengan purse aku yang warna sama macam ni, dengan handphone aku warna rose gold. Barulah boleh matchy-matchy di hari raya. 

Ni pula rupa bahagia…

Cara Buat Bawang Goreng Garing dan Tahan Lama

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca blogku. Maafkanlah kalau ada entri yang tak enak dibaca dan sebagainya. Kosong-kosong. Jadi, harini nak share sikitlah cara-cara buat bawang goreng. Ni bukan bawang goreng biasa-biasa tau, resepi ni buatkan bawang goreng jadi garing dan rangup. Paling penting dia tak cepat lemau walaupun kita simpan berhari-hari. Elok sangat la bawang goreng buat lauk sampingan sempena hari raya ni, kot nak jamu tetamu yang datang rumah ke kan. Boleh la try ikut cara-cara di bawah. 
Bahan-bahan :
Bawang merah (secukupnya)Bawang putih (secukupnya)Garam (secukup rasa)Tepung jagung (ikut bawang banyak mana)Daun kari (untuk bau wangi)Cara-cara : Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis (tapi jangan nipis sangat macam tisu)Gaul bawang-bawang yang dah dihiris dengan garam dan tepung jagung. Tepung tu memadai kalau dia dah salut semua bawang-bawang tu. Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan sedikit daun kari ke dalam miny…

Pre Ramadhan Penang Trip : Part 3

Assalamualaikum.

Hai.

Entri ni merupakan sambungan untuk entri trip yang sebelumnya. Kalau belum baca yang part 1  dan part 2  , boleh la baca.

Penang Trip Day 3/ 26 Mei 2017 (Jumaat)

Haritu merupakan hari terakhir aku dan team IRM di Penang. Esoknya kan dah puasa, so memang bercadang nak sampai Segamat sebelum Maghrib sebab nak pergi solat terawih. Sedih sebenarnya nak balik sebab rasa trip ni best gilaaa.

Malam tu, dah plan dah nak bangun awal pukul 6 pagi. Sebab sebelum balik, kitaorang nak singgah Pulau Aman, nak lawat sekolah anak angkat Islamic Relief Malaysia (IRM). Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang. Semua bantai bangun pukul 6.45 pagi. Memang macam spring la bangun, berebut-rebut nak kejar Subuh. Lena sangat tidur hotel sedap.

Masa dah lewat sejam dari apa yang dirancang. Tak kisah la, kitaorang pun terus turun sarapan (hotel sediakan sarapan). Sarapan memang sedap pagi tu, kalau boleh semua jenis makanan nak cuba. Tapi kapasiti perut tak mengizinkan.


Pembuka selera…

Pre Ramadhan Penang Trip : Part 2

Assalamualaikum.
Hai.
Okay, hari ni nak sambung entri trip Penang. Brace yourself! Tapi sebelum tu, siapa yang belum baca part 1 punya boleh klik sini . 
Penang Trip Day 2 / 25 Mei 2017 (Khamis)
Harini kitaorang plan nak pergi Balik Pulau, nak lawat rumah orang-orang asnaf yang dapat pek makanan tu. Misi untuk hari kedua ni, kitaorang nak agihkan baju-baju terpakai untuk diaorang. Jadinya pagi tu, kitaorang keluar sarapan nasi kandar. Lepas sarapan kitaorang bercadang nak naik Penang Hop on Hop off. Tau tak apa tu? Lepasni kita cerita eh. 
Dalam perjalanan misi mencari kedai nasi kandar, Kak Nisa Google la restoran-restoran yang famous dengan nasi kandar. Tapi malangnya banyak yang tak buka lagi. Last-last kitaorang makan dekat Nasi Kandar Pokok Ketapang. Malas dah nak cari lagi sebab perut dah lapar sangat. Lagipun kitaorang kejar masa sebab nak naik Hop on Hop off tu.

Ni la menu sarapan aku untuk pagi tu. Nasi kandar ayam berempah, dengan kuah campur. Eh, kecur pulak air liur bila t…

Pre Ramadhan Penang Trip : Part 1

Assalamualaikum
Hai.
Harini nak kongsi pengalaman pergi Penang dengan team Islamic Malaysia Relief untuk agihan makanan kepada golongan asnaf di Penang. (Dah nak dekat sebulan baru sempat nak update cerita) Sebelum ni, aku memang tak pernah join mana-mana NGO untuk program sukarelawan macam ni. Tapi niat di hati tu adalah nak join sebab nak rasa dan tengok sendiri keadaan orang susah. Yela, kita ni dah biasa hidup senang. Nak makan senang, makan pakai semua cukup. Tak macam diaorang tu, makan entah cukup entah tak, kan?
Aku dapat join program ni pun sebab Kak Nisa yang ajak aku. Sebab mulanya dia takde kawan nak pergi, kebetulan aku jumpa dia masa aku pergi kenduri dekat rumah kawan ayah. Dengar kata nak pergi Penang kan? Setuju je la. Bukan selalu dapat pergi negeri orang.

Penang Trip Day 1 / 24 Mei 2017 (Rabu)


Pagi tu, aku bangun awal bertolak dari Segamat ke Kajang pukul 7 pagi. Sebab dah janji dengan Kak Nisa nak jumpa kat Kajang. Lepastu dalam pukul 9 pagi, kitaorang gerak dari K…