Skip to main content

Supplement Yang Menghilangkan Senggugut

Assalamualaikum.

Pernah dengar tak supplement nama dia Gojes Skin? Mesti tak kan? Produk ni baru je lagi dekat pasaran. Masih tak popular macam produk Ephyra, Radiance Signature, Kawaii Collagen dan sebagainya. Tapi walaupun dia baru je lagi dekat pasaran, dah banyak testimoni untuk produk ni tau.

Aku sendiri pengguna setia Gojes Skin. Walaupun dia tak popular, tak bermakna produk ni tak bagus. Setakat ni, dah 3 bulan aku amalkan makan Gojes Skin. Apa yang best tentang Gojes Skin ni yang membuatkan aku tak pernah skip walau sehari?

Senggugut aku hilang serta merta. Ya betul. Setiap bulan kalau datang hari istimewa tu, memang aku jadi manusia paling terseksa. Sebab senggugut aku sangat teruk. Tapi belum sampai tahap nak pengsan lagi. Cumanya sakit dia sampai ke kepala. Hilang selera makan, tak boleh nak buat satu kerja pun. Meringkuklah aku atas katil macam udang duk menahan sakit. Paling aku tak suka bila kena senggugut masa bukan hari cuti. Nak fokus belajar masa kuliah pun tak boleh. Sangat-sangat menganggu.

Ingat lagi masa dulu ada eksperimen Biologi dekat makmal. Kebetulan masa tu aku tengah senggugut. Langsung aku tak fokus masa cikgu mengajar. Sampai eksperimen pun aku tak buat. Cikgu pun tegur sebab muka aku pucat sangat masa tu. Nasib baiklah hari tu cikgu baik hati, lepaskan aku balik awal. Punyalah teruk masalah senggugut aku ni.

Aku memang jenis tak ambil painkiller/panadol setiap kali kena senggugut. Memang nak elak daripada ambil semua benda tu. Caranya inilah, makan supplement. Banyak dah supplement yang aku dah cuba tapi tak mampu nak hilangkan senggugut ni.

Tapi lepas dah jumpa Gojes Skin ni, alhamdulillah. Bila datang je hari istimewa tu, dah tak ada langsung sakit senggugut. Boleh buat kerja macam biasa. Mood pun tak terganggu dek kerana sakit yang melampau tu.



Gojes Skin. Sesuai dengan nama dia. Bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah baik juga untuk kesihatan luaran. Kalau ada masalah kulit tak sekata, berjerawat dan berparut, memang elok sangat untuk cuba produk ni.

Tapi pastikan untuk minum air mineral yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebab bila kita makan supplement ni, kita memang kena minum air yang banyak untuk dia mencuci kotoran yang ada dalam badan kita dengan lebih efektif. Macam kita sabun badan juga. Kita pakai sabun, lepas tu, bilas pakai air. Konsep dia sama macam kita makan supplement. Supplement ni ibarat sabun dan air ni ibarat air yang mencuci tu la.

Produk ini boleh diambil oleh semua jantina tidak kira lelaki atau perempuan. Produk ini mengandungi Acai Berry, Raspberry, Elder Berry, Bovine Collagen, Citric Acid dan banyak lagi jenis berry yang kaya dengan vitamin C untuk penambahan kolagen dalam kulit. Paling best, kesan seawal 3 hari dah boleh nampak.


Whatsapp : 019-7870062
Instagram : @b2uty__product

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.

 Hai. Ai kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Ai pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap Ai terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan kejayaan Ai ye? :)

          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Ai baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.

My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman g…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum.

Giveaway kali ini merupakan giveaway kedua yang aku buat, dan akan dijalankan selama 2 minggu. Yeayyyy, tepuk tangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni rasanya nak share dekat para blogger semua. Aku harap, ramailah yang sudi nak join giveaway aku ni. Hadiah kali ni istimewa sikit sebab korang berpeluang dapat 1 set produk kecantikan organik. Eksited tak? Selain tu, 2 helai wide shawl akan diberikan pada pemenang-pemenang yang bertuah.


Klik banner untuk join. 
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.
Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

Syarat Wajib Giveaway Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"Follow blog : Aishah BadrulhishamFollow Instagram : @aishah.b…