Skip to main content

Senarai Make Up Brand yang Berkualiti

Assalamualaikum.

          Hai. Harini adalah nak share sikit pasal brand make up yang tengah meletups letups sekarang ni. Maklumlah, semenjak dah masuk dunia media ni dah pandai la sikit-sikit bab kecantikan, bab make up dan yang paling penting dah baca majalah CLEO yang memang sarat dengan maklumat make up dan brand make up terkini.


  • Urban Decay


Siapa tak kenal Urban Decay? UD memang sangat famous dengan dia punya eyeshadow pallet. Even aku pun tak ketinggalan menggunakan eyeshadow pallet jenama UD ni. Yang aku guna NAKED3. Memang best sangat brand ni, macam-macam jenis eyeshadow pallet korang boleh pilih, ada nude set, smokey set eh macam-macam lagilah!

          Di samping combinasi warna dia yang tahan lama dan cantik, UD ni pun senang nak apply. Tak payah nak tenyeh banyak-banyak sampai jadi hantu cina. Walaupun celet sikit, dah ada eyeshadow melekat pada kelopak mata korang. Lagi yang best, setiap set eyeshadow ni dia sediakan sekali eyeshadow brush. Senanglah kan kalau korang takde set brush.


  • The Body Shop
Untuk jenama The Body Shop pula, aku syorkan untuk korang beli make up kits jenama ni. Contoh macam brush set, pelentik bulu mata, sharpener eyeliner dan sebagainya tu. Sebab aku penah try pakai Body Shop punya pelentik bulu mata memang best gila. Bulu mata tak terasa terkepit dan tak gugur dan yang paling best bulu mata memang lentik. Memang sangat senang nak pakai mascara. 

          Selain daripada pelentik bulu mata, aku pun guna sharpener concealer jenama yang sama. Sebab concealer aku jenama Body Shop. Oh, sebelum terlupa untuk cari concealer terbaik, aku recommend pada korang concealer jenama Body Shop ni. Full coverage dan sangat best!

Sharpener and brush set.

Concealer.



  • M.A.C
Well, M.A.C memang jenama yang tak asing lagi. Dari dulu sampai sekarang, M.A.C tetap no. 1 dan masih dalam ranking jenama make up yang terbaik dan boleh juga dikatakan agak mahal berbanding jenama make up yang lain. So far, aku guna blusher jenama M.A.C memang bagus, nampak jelas dia punya pinkish colour tu, ditambah pula dengan glitter nampak pipi kita lebih berkilat. Setakat ni memang aku suka blusher jenama M.A.C je la. Jenama lain tak jumpa lagi yang sehebat M.A.C. 



  • Sephora

Setakat ni aku tak pernah lagi pakai brand ni. Tapi adalah aku tengok dia punya review dekat internet, dekat majalah dorang ramai suka lipstick brand ni. Tau kan sekarang tengah trend 'plump lip' yang buatkan bibir nampak gemok tu. heheh. 

          Sebenarnya ada banyak lagi jenama make up yang best-best. Tapi kalau nak disenaraikan memang tak cukup muka surat. So kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang barang-barang make up ni, boleh la baca majalah CLEO. 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka