Skip to main content

Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo

Assalamualaikum.

          Lepas je drama Descendants of the Sun yang meletups awal tahun ni, sekarang tengah trend drama Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo pulak yang tengah meletups letups kebaboom. Baru semalam (1 Nov 2016) drama tersebut habis. Sebanyak 20 episod dah ditayangkan dengan jumlah penonton yang uncountable. Like seriously. Sampai harini aku masih tak boleh move on dengan cerita tu.

Aku harapkan Hae Soo akan jumpa Wang So (4th Prince) dekat masa depan dia lepastu dia boleh start dating semula macam masa diaorang dekat zaman Goryeo. Ok tu je yang aku tak puas hati tentang cerita ni. Hae Soo must be with Wang So even afterlife. Sebenarnya aku mula tertarik nak tengok cerita ni sebab aku suka dekat Hong Jong Hyun. So tengok sebab ada Jong Hyun je la. Tapi bila dah start tengok tu, jadi suka dekat Baek Ah pulekk (yang pakai baju biru).

Barisan pelakon drama Moon Lovers.

Kesimpulannya, cerita ni memang worth to watch. 9/10 aku bagi (tak kasi full sebab ending dia tak menepati citarasa peminat tegar drama Korea). Kalau nak kenal siapa Wang So, Baek Ah, Eun, Crown Prince kenalah tengok cerita ni. Tengok episod 1 je, korang akan terus jatuh cinta sampai terbawa-bawa nak tengok sampai habis. Trust me. 



Belanja sikit ost untuk drama ni. (Btw, semua ost dia best-best tau)




Comments

izzi said…
Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
top cloud server providers

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka