Skip to main content

Dinner Kolej Tun Sabariah X Tun Senaja

Buat pertama kalinya aku merasa pergi dinner yang ada 'tema'. Selama ni bantai je dinner. Dekat sekolah dulu pun takde dinner yang ada tema semua ni. Yang zaman lagi satu tu takyah ceritalah, langsung tak merasa (kesat air mata).

     Sepatutnya dinner ni 2 Sept 2016 tapi disebabkan ada program lain nak guna dewan, so dinner terpaksa diawalkan sehari (jadi 1 Sept). Kali ni Kolej Tun Sabariah (kolej aku) berkolaborasi dengan Kolej Senaja. Kiranya kolej junior-junior la. Untuk pengetahuan semua, Kolej Tun Senaja merupakan kolej lelaki. Sekian. Setiap penghuni kolej Sabariah dan Senaja akan dapat tiket dinner yang bermakna 'no outsider' (cehh).



     Tema yang diaorang dah bincang untuk sem ni ialah 'Glam Night' dan untuk pakaian pulak berkonsepkan 'black and gold'. Aku tak ikut tema pun, aku pakai baju raya tahun ni je, sebab baju tu warna blue black tambah pulak dengan gold glitter shawl. Oklah kan? Sebenarnya aku tak pernah pakai lagi baju tu sebab tu decide nak pakai waktu dinner je. Kita recycle je apa yang ada, jangan membazir. Dengar cerita ada student yang siap tempah baju, fuhh.

     Dinner malam tu, diaorang ada buat pertandingan 'Best Dress' untuk kategori lelaki dan perempuan. Tahniah untuk yang menang. Bercakap pasal suasana dinner pulak, sumpah macam candle light dinner. Kitaorang makan dalam samar-samar cahaya lilin ditambah pulak dengan lampu kuning yang cuma ada dekat setiap sudut dewan. Romantik sangat!



     Setiap orang dapat dua doorgifts ; cookies dengan kudapan. Cookies tu masya Allah sedap gila. Lagi sedap daripada cookies Subway, setanding dengan Famous Amos rasa dia. Tak lupa jugak, saiz biskut tu sebesar tapak tangan dewasa, memang puas hati. Untuk kudapan, dorang letak kekacang dengan mini koko krunch dalam botol (ada yang dapat kacang ada yang dapat koko krunch).

     Lauk alhamdulillah sedap. Cuma kecewa sikit sebab nasi sejuk, memandangkan kitaorang dinner dalam dewan yang ber'air cond' so nasi lauk semua jadi sejuk. Kitaorang makan nasi minyak, lauk ayam masak merah, daging black papper, acar dan pappadom. Tak habis kat situ je, setiap orang dapat Coconut Shake Batu Berendam. Which is coconut shake tu sumpah sedap gila! Batu Berendam punya coconut shake memang famous pun. So kalau nak minum coconut shake, beli yang dekat Batu Berendam, bukan yang dekat Klebang (selama ni aku tertipu dan aku asik beli yang kat Klebang)



     So far ni memang dinner yang terbaik aku pernah attend. Makanan tip top, tempat tip top, pengurusan majilis pun ok.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka