Skip to main content

Tips Berjimat Untuk Pelajar

Assalamualaikum.

Alamak duit dalam dompet dah habis lah! Dalam akaun bank pun dah tinggal beberapa ringgit je. Macam mana nak survive ni? 


Haa biasa kan dengan situasi macam ni? Semua orang pun pernah alami. Baik orang yang dah bekerja mahupun pelajar mahasiswa macam aku. Zaman sekarang ni memang masalah kewangan la yang paling ketara. Aku boleh nampak sebab benda ni semua jadi dekat sekeliling aku je. Jadi, hari ini aku nak kongsi beberapa tips untuk berjimat, khas untuk pelajar universiti macam aku ni.


  • Beli apa yang perlu, jangan membazir
Aku faham, kita sebagai student makan minum semua tanggung sendiri. Lepastu memang tak boleh masak sendiri sebab duduk kolej kediaman (lainlah kalau duduk rumah sewa). Mengharapkan makanan kat kafe tu je la untuk makan. 

Jadi, kalau waktu beli makanan tu janganlah sampai melampau-lampau. Itu nak beli ini nak beli. Beli sekadar untuk elak lapar. Lagipun makan untuk korang je kan. Beli apa yang korang nak je. Lagi satu kalau boleh, tak payah la beli air. Beli nasi dengan lauk, lepastu minum je dengan air masak yang bawak sendiri dari kolej (kan boleh bawak heater, pandai-pandai la simpan stok air masak). Selain jimat, air masak tu menyihatkan. Sekali sekala bolehla beli air kat kafe. Kot teragak nak minum sirap bandung ke, Extrajoss ke.. Kan?

Kalau nak lagi jimat, boleh cuba beli makanan sekali je kat kafe. Contohnya, pagi tu makanlah roti ke biskut ke dengan air milo, nescafe, vico ataupun apa-apa jenis air yang korang suka. Tengah hari pula barulah makan nasi dengan lauk dekat kafe. Kalau tengah hari ada kelas ataupun malas nak pergi kafe, korang boleh je makan benda lain (biskut, roti, etc). Malam barulah beli makanan kat kafe. Tak kisahlah nak beli bihun ke, mee goreng ke nasi goreng. Kan dah jimat!

Kecur tak air liur? *ketawa jahat*

  • Jangan selalu keluar pergi outing
Ini masalah besar. Dekat mana-mana kolej ataupun universiti ramai manusia yang macam ni. Hujung minggu je pergi outing. Tak salah nak pergi outing tu, tapi janganlah kerap sangat. Kalau outing pun belilah barang-barang yang korang rasa betul-betul penting. 

Kalau setakat setiap minggu outing nak pergi makan KFC, tengok wayang, karaoke, dating ataupun saja-saja berjalan takde hala tuju, memang sia-sia je perbuatan korang. Duit pun habis, tenaga pun habis. 

Pengalaman aku sendiri, aku tengok semua kawan-kawan selalu pergi outing. Kadang-kadang sampai dua hingga tiga kali pergi outing. Bila tanya nak buat apa keluar? Takde apa, saja jalan-jalan tengok wayang, window shopping. Kan membazir tu? Ingat nak keluar tu percuma ke? Kalau naik bas, tambang bas lagi nak kena bayar. Kalau sewa kereta kena bayar duit sewa dan kalau guna kereta sendiri, mestilah kena keluar duit untuk isi minyak.

  • Buat bisnes atau buat kerja part time
Katakanlah korang ni memang jenis yang suka sangat outing, suka sangat shopping dan suka sangat beli makanan (tak kisah duit habis dekat makanan), aku cadangkan dekat korang buat kerja part time ataupun buat bisnes. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah cover balik duit korang yang dah habis tu. Takdelah sendu je setiap kali bukak dompet ataupun cek akaun bank. Huhuhu.

Tak salah pun nak cari duit sampingan. Asalkan jangan kerja sampai pelajaran tu terabai. Mana tau, lepas graduate nanti beranak duit dalam akaun sebab buat bisnes. Dapat jugak menampung sementara dapat kerja.


  • Menabung amalan mulia
Apa kata kalau mulai harini, korang mula menabung. Baki duit yang korang buat beli makanan ataupun apa-apa barang, korang masuklah dalam tabung. Kalau baki seposen, masukkan jelah seposen tu dalam tabung. Kan orang dulu-dulu kata, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".  Manalah tau, dengan amalan menabung secara istiqamah tu, hujung semester ataupun dekat nak graduate nanti korang dapat beli sebiji kereta ke. No one knows. Heehe paling tak pun, sebiji iPhone. Eh, taknak ke?


Harapnya, semua tips yang tak seberapa tu berguna untuk korang. Sekarang, ekonomi pun tak berapa ok, sebagai student pula banyak benda kita perlukan duit. Duit nota, buku teks, yuran pengajian dan macam-macam lagi kan? Betul, korang ada dapat pinjaman PTPTN ataupun elaun. Tapi kalau korang tak berjimat, korang rasa cukup ke? Tak cukup kan. 

Jadi, dari sekarang korang kena fikir sebelum buat apa-apa tindakan. Jangan mudah terpengaruh dengan orang lain. Tengok orang lain shopping korang nak shopping jugak. Mungkin dia shopping sebab dia memang ada duit. Tapi kita ni yang shopping macam dia, betul-betul banyak duit ke? Sebelum buat apa-apa, ingatlah mak ayah kita. Ingat balik tujuan sebenar kita masuk universiti. 

Eh, aku bukan nak marah korang, cuma nak kongsi sedikit cerita dan tips. Sebab aku sayang korang. #muahciked

credit photo : Google images

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka