Skip to main content

Jadi Jutawan Dalam Masa Yang Singkat

Harini saya nak berkongsi satu cerita tentang sedekah. cerita ni saya dapat daripada whatsapp group Team Marketing Powergold saya. hehehe. Semoga cerita ini dapat memberi manfaat kepada awak semua :D

......................

Tiga minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama lima hari. Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM 8000 untuk lima hari. Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

          Bertemu dengan ramai jutawan.

Sepanjang lima hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan. Mereka 'tersangat' kaya. Ada yang income mencecah RM500K - RM600K sebulan, baru berusia 40-an. Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50K sebulan. Ada yang berusia 35 tahun, sales tahunan mencecah RM120 juta!

          Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat-hebat.

Subhanallah, saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka. Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya-kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

          Nasihat dari para jutawan.

Semasa salah satu sesi, saya sarapan pagi bersama mereka. Saya tanya, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu? Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50K sebulan berkongsi dengan saya.

          "Bang, saya nak share satu benda je. Kalau kita nak yang terbaik, kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat je, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."


Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

          "Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat je!!! Ingat, DUIT YANG PALING BESAR dalam wallet ok?"

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain, menambah lagi.

          "Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi lepas saya belajar, saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowww! Ini rupanya rahsia mereka. Saya masuk masjid dan teringat kata-kata mereka  Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar. Pada waktu itu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba-tiba, bila saya buka beg duit ...

          "Allahuakbar! Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya? Aduhh!!!" 

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhh, saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata-kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet, saya pun dengan rasa 'berat hati' keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu, saya berdoa kepada Allah.

          "Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggungjawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."


Sejujurnya, masa saya keluar masjid, saya asyik berfikir.

          "Hmm... Macam manalah Allah nak ganti RM100 ni dalam masa segera?" 

Tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana-mana sumber bisnes yang saya buat. Tapi takpelah. Saya buat kerja saya, aelebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa berlaku pada hari Jumaat? Pagi Jumaat, saya buat kerja macam biasa. Tiba-tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

          "Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak!" Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham tersebut.

           "Allahuakbar." Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM 4800. 

          "Subhanallah." Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar-benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka. Memang saya jangka saham yang saya beli itu akan naik. Saya jangka untung dalam RM 1000 - RM 1500. Taklah sampai RM 4800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Selepas itu, saya pergi ke masjid utuk menunaikan solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini saya berdoa kepada Allah.

          "Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah...

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH. Saya tersangat percaya. Tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Saya tulis kali ini, semata-mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan. 

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the moe we get back, Insya Allah."


       

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka