Skip to main content

Puasa Di Perantauan

Assalamualaikum.

Hai. setelah sekian lama akhirnya Ai dapat connect wifi dekat KMJ ni yeahhhh! tahniah untuk diri sendiri. tapi masalahnya kena update waktu-waktu cenggini ah (tengah malam) -_- nasib baiklah esok dengan lusa takde kelas. so tidur lambat pun ok je.

          Dah masuk Ramadhan yang ke-16. macam mana puasa engkorang? penuh tak? Ai dengan blockmates tengah sibuk duk kira hari nak balik. tak sabar!!!!! hidup kat sini sedih hahaha. no home-cooked dish. T.T setiap hari kena ngadap makanan bazaar. nasib baiklah makanan bazaar sedap-sedao tau. Ai dah 3 hari berturut-turut Ai makan nasi kukus dengan member Ai. daebak! sebab nasi kukus tu SEDAP GILA. sampai kitaorang taknak pandang yang lain dah. serius wehhhhhh!

Tinggal lagi 2 minggu je puasa dekat KMJ ni. tahun depan dah puasa kat rumah dah. tsk tsk... even though tak dapat makan home-cooked-dish, tapi ok la. lumrah hidup sebagai seorang student (gitcheww) barulah survival namanya kan. paling heaven mestilah waktu berbuka. kumpul dalam bilik orang lain then buka sesama. wahh memang takkan dapat pengalaman tu kalau dekat rumah. kalau musim nak jimat tu tengokla dorang buka dengan mee segera je. haha ada yang terbengkak laa terkeras laa haha. lawakk

          Bab sahur pulak, memang cafe buka waktu 3 - 5.30 pagi. tapi selama Ai puasa kat sini, tak pernah sekali pun turun sahur kat cafe. first sebab ngantuk. second, sebab malas nak turun (maklumla bilik tingkat 3) hahahaha. actually nak cerita panjang lagi tau. tapi mata ni ngantuk gila so apa yang nak cerita tu hilang. -_-blerghhh so, sambung nanti la ye. *chuuu*

kacau Ain buat assignment.

"we"fie sebelum beli makanan kat bazaar

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka