Skip to main content

Kisah UPU

Assalamualaikum.

Hai. Harini memang tengah hot pasal semakan kemasukan ke IPTA. siapa yang dapat? tahniah kay tahniah. kita sama yeayyy! ok tipu je. Ai satu pun tak dapat. REJECTED. tetiba rasa cam buat apa aku pergi interview pastu tak dapat? hahaha biasalah dah tak dapat madang tak puas hati. kahkahkahh. nasib baik ada form 6 yang merawat luka dihati.



          Ingatkan Ai sorang je yang direject. gossip punya gossip dengan kawan-kawan lain. dorang pun tak dapat jugak. adalah kawan Ai dua orang sorang dapat Allied Health Science kat UIA. sorang dapat Law kat UITM. yang lain? teruskan form 6 and matriks je. kahkahkah.

Pastu gossip pulak dengan geng-geng masa interview UPSI haritu. ok sama jugak. takde sorang pun yang dapat. nampak tak dia punya kesenduan tahap melampau tu? melambak-lambak yang direject. sebab apa pun taktaulah. again, menyesal pulak aku kumpul banyak A dalam SPM ritu -_- takpelah takde rezeki sekarang ni. Allah nak bagi rezeki melalui jalan lain. yang penting POSITIF. mana-mana pun tempat kita, still boleh berjaya kalau kena dengan caranya (usaha la tu).




          Umi ngan ayah cam kelat sikitlah bila tau Ai tak dapat IPTA ni. sebab diorang memang berharap sangat Ai dapat masuk UPSI tu. yelah dah pegi interview semua tu kan. dah kira macam satu harapan untuk diorang. tapi diorang terima je apa pun keputusan yang Ai buat, and mana-mana yang Ai dapat ;)

Comments

Amelia said…
Alo, takpe. Masih boleh buat rayuan. Jangan putus harapan, ^_^ . Dan betul ckp awk, Allah nk bagi rezeki dengan jln lain, InsyaAllah. yg penting bkn tempatyg kita belajar tapi end result, kena dptkan kputusan baik2 utk study.

wah dasyat siap amek no. fon geng yg pergi interview lagi xD
Izzati Amira said…
Boleh buat rayuan nnti Ai. Buat rayuan tauu. jangan lepas peluang utk buat rayuan.

btw, Ai mohon kos ape? Banyak A pun tak lepas, cam pelik jugak
mialia - kann. saya reda je. mungkin ni jalan yang Allah bagi untuk saya. yang penting, usaha! hehehe

izzati amira - rayuan belum buka lagi. saya mohon kos dip sains, TESL upsi n uitm, dip sains n matematik, dip statistik. takde rezeki agaknya.. hehe

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka