Skip to main content

Layak Ke Tak Layak?

Assalamualaikum.

Hai. dah masuk bulan April of course lah batch 97' paling seram sejuk. dah lepas seram sejuk nak mengadap result SPM bulan lepas, kali ni seram sejuk nak tunggu keputusan UPU/Matriks. bagi dorang yang dah selamat masuk IPT tu untunglahkann. tah-tah dah start belajar dah. tak macam Ai ni, menganggur dan menunggu. jenuh oi jenuh.

          Jeles memang jeles bila tengok ada sorang kawan Ai dah masuk UITM masa bulan Disember haritu. takpe dia pandai (budak MRSM la katakann). sah-sah guna result trial. T.T memang dari sekolah rendah pun pandai. yang lagi sorang kawan Ai, masuk business school dekat Melaka. yang tu lagi pandai. 9A+ (ex-student SAMURA). dua-dua tu kawan sekolah rendah. lama dah tak jumpa dorang.

Semalam Ai sempat belek semula laman web UPU. menyirap betul sebab dalam laman web tu dia ada sediakan IMASCU (untuk semak kelayakan). dah sah-sah la tarikh nak mohon dengan kemaskini dah tutup. Ai pulak haritu main isi je borang permohonan ikut kelayakan. tak guna pun IMASCU tu sebab masa tu IMASCU tak boleh bukak. sakit hati betul.

         So, semalam Ai pasrah je lah apa yang Ai dah mohon. sambil isi-isi keputusan dekat IMASCU tu, Ai berdoa, supaya apa yang Ai mohon tu memang betul-betul layak selayak-layaknya (haa ambikk kau)


Ni apa yang Ai mohon. masa tu memang main kemaskini je ikut kelayakan SPM.
langsung tak semak IMASCU sebab dia tak sediakan. pasrah. lepas dah kemaskini tu,
Ai takde cek langsung. sampailah hari semalam (cek sebab nak tengok tarikh pengumaman
kemasukan UPU / Matriks bukak bila)


Untuk UPSI, hanya ni je yang layak. nasib baik apa yang Ai mohon semua layak.

UTHM. Ai takde mohon. tapi saje-saje je nak cek.

UNISZA pun Ai tak mohon. 

UITM. relief. apa yang Ai mohon semua layak. lagipun banyak yang Ai 
layak untuk program UITM. takpelah kita mohon  je. rezeki taktau lagi kat mana kann? :)

yang ni UPM. bukan tanak masuk UPM. tapi... Ai memang bukan jenis
yang suka bertani ni. tanam bunga matahari pun tak hidup wehhh T.T


yang ni tak ingat universiti mana. tapi Ai memang taksuka engineering bagai.
sebab bagi Ai, engineering ni semua untuk lelaki / perempuan yang suka kerja challenging.
Serious, Ai tak boleh. belaja Fizik pun cam hape je hahah nasib result Fizik OK. hahah

Ni semua hanya rancangan dan pilihan. Allah yang tentukan nanti rezeki Ai kat mana, sambung jurusan apa? apa-apa pun yang datang, Ai terima je. nak memilih sangat pun tak boleh. takut kita tolak rezeki kan. :D 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka