Skip to main content

10 Facts About Me

Assalamualaikum.

          Dah masuk hari kedua untuk program "30 Days Blog Challenge". task untuk harini bertajuk "10 facts about me". hehe. ok so korang nak tahu apa pasal aku? nothing interesting actually. but I'll try my best to express myself. hikhik. Challenge start! (bersemangat gila) 

As you can see. that is me. tak ingatlah masa ni 
umur berapa. yang penting belum setahun lagi (kot).
I can't remember la.

1) When were you born?

          I was born on 28th January 1997. jadi umur aku berapa? ngkorang kira sendiri eh. aku yang paling tua diantara kawan-kawan aku yang lain. huh. kadang-kadang jadi bahan dengan The F's sebab lahir bulan satu. kalau bukan aku, Shida yang kena bahan. sebab dia lahir 30 Disember 1997. hmm dekat setahun juga kan beza umur aku dengan dia? but, she's a lot more mature than me. ah, bulan lahir tak menentukan kematangan seseorang. eh yeke? whatever.

2) What is your favourite way to relax?
          
          Jawapan dia mestilah dengan tengok drama Korea, variety show Korea, dengar lagu Korea. takpun baca novel. why? sebab aku memang suka macam tu. kalau masa sebelum SPM, aku suka buat Add Math banyak-banyak. kalau marah, rasa down aku suka buat Add Math. sebab nanti tiba-tiba je jadi tahu semua benda lepastu rasa down tu semua hilang sebab aku dapat jawab soalan. aku pun tak tahu la kenapa macam tu. tapi waktu mood tengah ok, aku tengok buku Add Math, buku tu tengok aku balik. aduhhh.

3) What really scares you?

          Aku ni penakut. jadi aku rasa semua benda menakutkan aku. contohnya cicak dan segala spesis yang lebih kurang macam muka dia. memang aku tak boleh. eiii meremang bulu roma kalau terbayang cik cak ni. part paling kelakar. aku takut hantu. even banyak kali pun aku tenangkan hati aku, cakap yang hantu tu tak wujud, aku tetap takut. kalau tengok cerita hantu, aku perlukan masa 3 hari nak hilangkan rasa takut tu. aah gelaklah ngkorang yang baca ni --"

4) One place you would love to travel to?

          Takkan tak tahu? South Korea of course! firstly, sebab negara dia cantik. ada 4 musim. lepastu Korea ni merupakan salah satu negara yang popular dengan produk kecantikan. ya, walaupun aku tak cantik, impian nak jadi cantik tu ada. cakap dengan aku siapa tanak cantik macam Korean? Selain tu, aku boleh ngendap bias-bias (idol kpop), mana tahu terserempak, jackpot! aku pun pernah berangan nak ambil course Engineering (walaupun aku benci Fizik) sebab nak belajar dekat Korea. punyalah kan dia punya taksub tu?

5) What famous person did you have a crush on?

          Kau tanya aku soalan macam ni? kau sedar tak betapa ramainya crush yang aku ada? kalau dari Korea tu melambak. Chanyeol, Sehun, Kim Woo Bin. eh ramailah. tak terkira. kalau yang dari Thailand, tu haa Mario Maurer tu. lagi negara mana lagi? kalau kat Malaysia ni, Hairul Azreen tu. ya ya tau tu Hanis Zalikha punya. alah aku crush je. :P 

6) What is your favourite car?

          kereta? tak pastilah. yang penting aku suka kalau kereta tu kecil. comel je. haa macam Ford Fiesta tu. yang warna kuning. aku pernah tengok dalam cerita Rooftop Prince. perempuan jahat (tak ingat nama watak dia) tu bawak. hehe.

7) What is your favourite food?

          Asam pedas! memang aku sangat-sangat suka makan asam pedas. tak kiralah ikan, ayam atau daging. asal dia masak asam pedas. aku hirup kuah tu sampai licin. lagi-lagi kalau kuah tu pekat. aihh drooling pulak. tak percaya boleh tanya Umi aku. selain asam pedas, aku suka semua jenis makanan yang ada banyak blackpaper. kenapa? janganlah tanya. aku memang suka. kalau beli burger, potato spring ke apa ke, mintak lebih blackpaper. haa lagi satu, aku suka makan kentang. sebab aku pernah baca kat internet, kalau nak dapat anak kembar, makan kentang or susu. berangan je. ni sebab terpengaruh dengan kembar tiga dalam cerita Return of Superman. 

8) What is your favourite animal?

          Hamster! It's too cute to handle. suka sangat tengok bila dia tengah makan kuaci. aku pernah bela dua ekor hamster. kakak dengan abang ipar aku yang belikan. masa tu aku darjah 6. baru lepas habis UPSR. kiranya hamster tu untuk buat kawan. best sangat jaga dia. mandikan dia, bersihkan sangkar dia. lepastu kalau masuk tengah malam, dengarlah dia main lari-lari dalam dalam roda pusing dia tu. eh? roda pusing ke nama dia? ok whatever~ tak peduli. setahun lebih lepastu, dua-dua ekor mati. haih sedih tahu.

9) Single or taken?

          Pergi mana-mana pun, takkan pernah lari dengan soalan cepumas cenggini. cliche ah wehh. jawapan dia. entahlah. tunggu je lah lelaki yang sesuai satu hari nanti. aku percaya yang Allah dah rancang benda ni. so, aku duduk diam. hadap benda yang paling dekat dulu. single ke taken ke, takyah fikir dulu. sebab aku tak rasa tu satu keutamaan. 

10) Precious moment and why?

          cakap pasal precious moment ni satu je yang keluar dalam kepala aku. kem. sebab masuk sekolah menengah, sekali je aku pergi kem. masa bulan Mei haritu. 3 hari 2 malam dekat Teluk Gorek. best memang best. semua The F's (kecuali Meon) pergi. tidur berhimpit-himpit dalam khemah. zip khemah rosak. khemah penuh dengan pasir, pastu kena bebel dengan Shida. hehee. mandi laut sama-sama. kena berendam  dalam laut (dekat kawasan dalam) untuk water confident challenge. terapung atas laut (pakai life jacket lah), belajar untuk tak panik dalam air. 

          paling best masa daki Gunung Arong. ya Allah penat sangat. berapa meter dari aras laut pun aku tak ingat. yang penting tinggi sangat-sangat. bercuram. kalau salah langkah, boleh jatuh dan terus tak dapat dikesan (tipu je. mestilah ada orang yang cari). Masa nak turun gunung tu, Latifah pengsan. so semua orang buat "pengangkat" (tak pasti nama sebenar tu) daripada kayu-kayu, pastu baju-baju budak lelaki jadi alas. memang challenging sangat masa tu. dari situ banyak benda aku belajar. jadi berani. berdikari. semua masalah kita boleh selesaikan kalau kena dengan caranya. 
  
          nightwalk pun best jugak. ingat lagi masa tu team mate aku gigil-gigil sampai nak nangis sebab terlalu gelap. aku pun takut juga. tapi aku buat-buat berani. kalau aku takut, dorang takut, macam mana? so I encouraged to myself, everythings gonna be okay. selesai nightwalk, boleh terus masuk khemah tidur. patutnya malam tu team aku kena berjaga malam. tapi takde sorang pun yang bangun. semua terlalu letih. nasib baik tak kena marah. heheee. kitaorang bukan lepas tanggungjawab. cuma terlalu penat.

          ada satu malam, masa malam kebudayaan. aku lagi sekali buat benda yang takde sape expect. untuk malam tu, semua team kena buat persembahan ikut kreativiti masing-masing ikut tema yang kita dah pilih. team aku tema retro. kitaorang lost. taktau nak buat apa. so I come out with Kpop (takde benda lain dah dalam kepala aku ni. haha) tahu lagu T-ara Roly Poly? haa team aku buat persembahan dance lagu tu. sebab tu lagu retro. memang malu. tapi, we try our best. walaupun rasa tengah memalukan diri sendiri. but who care? dorang ingat aku dance untuk malam tu je. bukan untuk selamanya. and malam kebudayaan habis. walaupun group aku tak menang, tapi kitaorang puas. heh, bukan senang tau nak suruh dorang yang tak minat kpop tu menari kpop. lagi-lagi yang lelaki tu. hehe korang memang best!


dah panjang sangat aku cerita. thanks sebab sanggup baca sampai habis. even though rasa cerita macam tak best. but I just love to share with others about my life. sebab aku rasa tu satu keseronokan. sebelum tu, meh kita lanja awak semua gambar last day kita pakai baju sekolah. heheh :P

Hai, saya Siti Aishah. 


          



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka