Skip to main content

Muka Berminyak!

Assalamualaikum.

          Haii, dikesempatan yang ada ni (computer+free wifi) aku pergunakan untuk update blog. susah tau aku nak update blog time hari sekolah. nak nak bila petang-petang cenggini. hahaha. act, aku baru balik dari tusyen. sebab mak aku malas nak hantar aku balik rumah, so dia pun bawaklah aku pergi ofis dia. ngeh ngeh ngeh.

Baiklah hari ni aku nak cerita pasal muka berminyak. I bet most teenagers mengalami benda ni kan? tak kira lelaki atau perempuan. yeahh so do I. muka berminyak memang sangat merimaskan aku. berkilat je muka tu bila dah tengah hari. huhu. 

          Cikgu Biology aku kata, muka yang berminyak ni bagus, tapi kalau ada excess oil kat muka kita kena get rid of that oil. macam mana? senang je. just guna kertas minyak! kalau kita biarkan je excess oil tu, nanti dia akan menyebabkan muka kita tumbuh jerawat dengan suburnya. tak caya kau tengoklaa. jerawat tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan. huuu I hate acne. *mak aku kata jerawat tu aksesori muka. ohh tolonglahh bagi aku jerawat tu mencacatkan penampilan. T.T siape je yang suka jerawat?


Tadaaa! ini dia rupa kertas minyak tu. haha kalau  tak tunjuk gambar mesti korang dah fikir lain.
kertas minyak apalah yang aku guna. kertas minyak! haha ayat kampung gila. aku memang taktau nama sebenar dia so aku main panggil je kertasa minyak. dah fungsi dia untuk serap minyak kan? heheh. aku selalu simpan kertas minyak ni dalam purse aku. setiap hari bawak pegi sekolah tau. punyalah taksuka muka berminyak. nanti buatnya kena buat presentation depan kengkawan hilang terus confident.

excess oil serap pada kertas tu.


          Yang ni pun kertas minyak juga. tapi yang ni special sikit. sebab dia ada bau wangi. yang 'bekas' warna biru tu yang jenis biasa punya. takde fragrance. tapi dua-dua ni fungsi dia sama. serap minyak pada muka.

Ada orang tanya, muka yang tak berminyak ni tak bagus ke? sebenarnya tak berapa bagus. sebab muka dia kering. cuba korang tengok muka korang. korang ni dalam golongan yang kulit muka berminyak, tak berminyak langsung atau biasa-biasa je? kalau boleh aku nak yang biasa-biasa je. tak kering sangat, tak berminyak sangat. tapi takpe walaupun muka oily, aku tetap ada oil film ni. mana-mana aku pergi memang wajib bawak kertas minyak a.k.a oil film ni. 




Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka