Skip to main content

Siapa Tengok Running Man?

Assalamualaikum.

          siapa tengok variety show Running Man? best tak? best kann. lawak gila. hahaaa. kalau rasa stress, tension, sedih cuba korang tengok cerita Running Man. confirm tak kering gusi. boleh pecah perut kau gelak. 



semenjak gelombang kpop semakin popular, nama Running Man pun naik juga. dari muda sampai ke tua, masing-masing dok cakap pasal Running Man. tapi memang tak dinafikanlah ada juga kpop-haters kat luar sana yang jenis menentang semua cerita atau lagu yang versi Korean. apa salah diaorang? kita tengok hanya sekadar hiburan. yang baik kita amalkan yang tak baik tu kita tinggalkan. simple isn't it? 



          dan bagi orang yang taksub dengan cerita kpop, lagu kpop dan sebagainya, janganlah pulak sampai lalai nak mengerjakan tanggungjawab korang (ohh skemanya ayat). contoh macam tinggal solat, tak belajar, tak buat homework. janganlah sampai macam tu. janganlah jadikan kpop tu satu medium untuk kita lupa segala-galanya. but not only kpop, hiburan lain pun termasuk juga.

berbalik pada tajuk. Running Man ni sebenarnya satu variety show yang sangat popular dekat Korea. tapi sekarang cerita ni dah popular satu dunia. sape tak kenal Running Man? kalau sebut 'Monday Couple', 'Betrayer Cross', 'Impala', 'Grasshopper', 'Giraffe/Girin', 'Miss Mong', 'Commander', 'Haroro'. semua kenal. cerita ni sebenarnya mula ditaayngkan di Korea pada bulan Julai (kalau tak silap) tahun 2010.

          dalam Running Man ni dia ada 7 orang ahli. antaranya Yoo Jae Suk (main MC), Ji Suk Jin (ahli paling tua), Kim Jong Kook (muscle man), Haha (ahli paling rendah), Gary (ahli paling hodoh), Song Ji Hyo (satu-satunya ahli perempuan) dan Lee Kwang Soo (ahli pengkhianat). 

Running Man ni sebenarnya variety show yang menggunakan minda dan juga stamina. setiap ahli dan tetamu jemputan biasanya akan selesaikan misi yang PD (producer) program tu bagi. setiap episod game yang diaorang buat lain-lain. dan yang paling penting semua episod Running Man memang kelakar. dan kadang-kadang tu sampai tahap kelakar gilaaaa yang tak boleh ditahan-tahan. 

          aku pun taktau nak describe macam mana jenis kelakarnya. apa yang penting, cerita ni memang best. rugilah korang kalau tak tengok. dulu, member-member and kakak aku tak minat tau tengok cerita ni. tapi bila dah tengok sekali, terus nak tengok lagi. sampaikan miss satu episod pun tak bolehh. and aku bagi 10 out of 10 untuk variety show Running Man ni. memang terbaikkkk. and it made my day. :)

kat bawah ni aku ada selitkan beberapa gambar Running Man. mungkin lepas korang tengok gambar ni, korang akan lebih berminat nak tengok cerita ni. 


Jae Suk salah nyanyi

periksa kekuatan hidung besar Suk Jin

Jong Kook yang pemalu

Gary yang . . . Handsome?

bila Haha fokus

Ji Hyo baru bangun

Kwang Soo kena buli

"We are Running Man family."

p/s: kalau nak tengok search je dekat kshownow/kshowonline. dekat OneHD (393) pun ada. setiap Jumaat (11.45 malam).







Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka