Skip to main content

Year 2013 In Review by Facebook

Assalamualaikum.

          dah tengok ke korang punya 'Year In Review' dekat Facebook korang? pihak Facebook akan jadikan status/gambar yang paling banyak 'like' sebagai korang punya the biggest hit review. aku dah tengok dah. kalau korang nak tengok, pergi dekat profile korang akan nampak review tu.

dekat sini ada beberapa big event yang berlaku sepanjang tahun 2013 ni:

1. Awal tahun 2013, bergambar dengan 'the Girls'

masa ni waktu rehat. and kami 'kacau' Ain buat homework

dari kiri: Finaz, Shida, Aina, aku

menghabiskan sisa waktu rehat dengan bergambar

2. Lawatan ke Dataran Segamat sempena Karnival Kerjaya

masa ni tengah tunggu bas nak balik

3. Party perpisahan dengan Cikgu Haslinda

          Cikgu Haslinda sebenarnya guru kelas and cikgu chemistry kitaorang. tiba-tiba dia terpaksa ikut suami dia pindah Fukuoka, Jepun untuk tempoh 3 tahun. cikgu, we miss you. you are the great teacher ever. :)
dari kiri: cikgu Asyikin (add math), cikgu Linda(chemist)




Mr. Gan (ketua kelas) wakil kami bagi hadiah. :)

potong kek!

gambar kelas 4 Putra 1

4. Hasil jahitan felt pertama

          masa ni baru sehari cuti sekolah start. aku kebosanan dan ambil keputusan untuk belajar jahit felt and tambah side income. idea datang daripada kawan aku yang berniaga jahit felt. sekarang aku dah ada seikit duit poket hasil jahit felt, alhamdulillah :)

hasil tangan aku yang pertama.

5. Percutian keluarga; Padang, Indonesia

          ni antara moment yang paling best dalam hidup aku. percutian yang paling bermakna. kali pertama merasa naik flight. kali pertama juga aku jejakkan kaki di negra orang. banyak sangat kenangan manis aku tinggalkan dekat sana.

untuk cerita yang lebih detail, baca entri ni:




p/s: gambar holiday lain ada dalam entri. :)

          jadi, nilah dia top 5 big event yang pihak Facebook dah pilih untuk aku punya year 2013 review. kebanyakan event ni memang event yang paling bermakna sepanjang tahun 2013, sepanjang aku bergelar seorang pelajar, dan anak yang berusia 16 tahun ni. semoga tahun depan lebih baik daripada tahun ni. dan Insya Allah, doakan yang terbaik untuk perjuangan SPM aku pada tahun depan yang tinggal lagi 1 hari je ni. *Happy New Year*












Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka