Skip to main content

Tambah Side Income

Assalamualaikum.

          pejam celik pejam celik dah tinggal berapa hari je lagi nak sekolah. bagi yang dah tak sekolah tu suka lah kan? tak payah sibuk-sibuk nak bangun awal pagi. hepp, kena bangun jugaa. solat subuh. tapi untuk budak sekolah macam aku ni terpaksa berjuang lagi. nasib baiklah tahun depan aku 'Senioryear" cehhhh suka le tu. sudahlah kau! jangan lupa kau nak ngadap SPM. raja segala exam. *padan muka*

so cutinya korang habiskan buat apa je? holiday? amboii, takkan bercuti sepanjang masa. nak tipu lah tu. study? rajinnyaa! kerja? erm, cakap pasal kerja. apa tujuan korang kerja sebenarnya ni? untuk dapat duit kan? so do I. cuti sekolah kali ni aku pun kerja juga. tapi takdalah kerja makan gaji. tapi aku kerja dekat rumah. contohnya, aku join blog ni dan aku daftar nuffnang. tu salah satu nak tambah side income right? 

          tapi disebabkan Nuffnang ni lambat bagi duit. so aku try join yang lain. Nuffnang ni bukan lambat apa. dia nak pastikan yang seorang blogger tu sentiasa aktif. maksudnya selalu update blog. nuffnang ni akan perhati je setiap kali korang update blog, ataupun korang buat apa-apa perubahan dekat blog. jadi kalau nak dapat 'gaji' daripada nuffnang. korang kena ikut syarat yang ditetapkan betul-betul. ok. 



tempat kedua aku korek duit ialah iPanel. apa benda iPanel ni? ok iPanel ni sebenarnya laman web kaji selidik. setiap kali korang bukak acc iPanel korang, korang wajib jawab setiap kaji selidik yang disediakan. tak banyak pun. dan soalan yang dia tanya tak susah. nak jawab sambil tutup mata pun boleh. lepas dah jawab kaji selidik tu, iPanel akan bagi mata ganjaran untuk setiap soalan. dan daripada mata ganjaran tu korang boleh tebus dalam bentuk duit. dengan syarat, setiap hari kena buat kaji selidik ni. baru mata ganjaran bertambah dengan cepat. sape tak suka dengar perkataan duit kan? so jom daftar cepat-cepat.

          tempat kedua aku buat side income ialah 8share. yang ni cara nak dapat duit dia, kita keanl pilih mana-mana iklan yang ada dalam 8share. lepas tu iklan tu kita kena baca dan fahamkan. bila dah baca, dah faham, kita kena post dekat fb ataupun twitter. "then, macam mana dapat duit?" jangan gelojoh. nak explain lah ni. korang akan dapat duit bila follower twitter atau kawan fb korang klik iklan tu. selain 8share, korang boleh try ChurpChurp. churpchurp ni pun lebih kurang sama je macam 8share.








tempat terakhir aku korek duit, WhoHAA. tempat ni best! dia tak bagi duit. tapi dia bagi mata ganjaran macam iPanel. tapi mata ganjaran ni tak jadi duit. dia akan jadi barang. tak kiralah barang elektrik ke, kamera digital ke, hanphone ke. semua ada. cara dia, korang kena baca dan fahamkan ads (iklan) yang dai bagi, lepas tu jawab satu soalan. kalau korang dapat jawab, korang akan dapat point.

          habis dah semua rahsia aku cari side income dari rumah aku bongkar. hahaa. jadi untuk sesiapa yang nak cari side income tapi malas nak kerja luar, bolehlah pergi dekat laman web yang aku dah bagitahu tadi. klik je dekat nama website tu. yang penting kena ada computer and wifi atau broadband kat rumah. heheee~ aku dah berjaya collect, korang bila lagi? jomlah join sama. :D selamat berjayaa.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka