Skip to main content

Kelas Berenang

Assalamualaikum.

          petang ni aku nak sambung entri Last Holiday: Port Dickson. dalam entri tu kan aku ada cakap yang aku terus pergi JB (rumah kakak) lepas balik dari PD kan?

                      Jumaat (27/12), aku bertolak dari PD ke JB. sampai JB dah petang. dan malam tu aku takda keluar ke mana. semua kepenatan. so, just rehat rehat dekat rumah pasang cangkuk dekat langsir baru sambil tengok Running Man. ahhaha best betul. 

pasang langsir, layan Running Man


esoknya, Sabtu (28/12) pergi kelas swimming dekat Johor Land dekat Nusa Mutiara, Bandar Dato' Onn. dekat sana ada tempat swimming, padang bola dan macam-macam tempat untuk aktiviti sukan yang lain.. kebetulan haritu abang ipar aku ada perlawanan bola dekat situ and anak sedara aku pulak ada swimming lesson. dekat tempat swimming tu aku nampak budak-budak kecik belajar berenang. badan semua kenet-kenet tapi dah pandai berenang, menyelam. tak payah pakai pelampung. kolam dekat situ pun boleh tahan dalamnya. kagum betul aku dengan budak-budak kecik tu. aku yang tua bangka ni pun tak pandai berenang. *takut air*

          so, seiapa yang berminat nak belajar swimming, bolehla pergi dekat Johor Land tu. kolamnya pun bersih. aku nak je swimming haritu. tapi sayangnya aku tak bawak swimming suit. ehemm, bukan tak bawak, tapi takda. haaahaa. dan untuk sesiapa yang nak berenang dekat sana, kena bayar RM 4. murah je. korang nak berendam sampai kecut badan pun boleh. tapi mesti pakai swimming suit. tak boleh redah je pakai tracksuit dengan t-shirt or baju lain selain daripada swimming suit.

Thaqif tengah belajar berenang.

malam pulak, aku pergi MPH bookstore. saje cuci mata tengok buku. lagipun akak aku nak cari buku. aku ni memang pantang pergi kedai buku. wajib beli sekurang-kurangnya 1 buku. tak kiralah novel ke, buku kecantikan ke, buku agama ataupun buku motivasi. mesti beli. aku ni memang gila buku dan kedai buku. kalau masuk kedai buku, memang aku boleh jadi gila. rasa nak beli semua buku-buku dekat situ. semua buku rasa best. 


buku yang menarik minat aku. best buku ni. aku dah baca sikit.


holiday has come to an end. esoknya aku balik kampung dekat Pontian. dari Pontian terus balik Segamat. wahh cuti dah habis. dua hari yang tinggal ni untuk aku buat preparation untuk sekolah. T.T SPM? School? aku redha je.








          


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka