Skip to main content

Tempahan Meningkat.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab tempahan untuk felt craft aku semakin meningkat. alahmdulillah, thank you Allah :) . aku tak sangka dalam masa seminggu, ramai dah yang buat tempahan. aku tak sangka benda ni dapat sambutan hangat (katanya). Ya Allah rasa terharu betul. ni semua rezeki daripada Allah. 



Antara costumer yang dah tempah. korang bila lagi? hhe

      Kebanyakan customer aku, diaorang prefer pin tudung and keychain Herbalife :) maklumlahh semuanya Herbalifers. bukan setakat tu je, ada juga yang tempah phone casing. contoh macam akak Sue. dia nak phone casing logo Herbalife. haha Herbalife lagi? ok what? Herbalife dan felt sama-sama popular pada abad ini. hheeh. 

Pin tudung hasil tanganku yang tak seberapa.

So, berbaloi juga kan buat bisnes masa musim cuti sekolah ni? selain daripada dapat mengisi masa lapang, kita dapat side income lagi kau! best tak best tak? tapi kena creative and rajinlah kalau nak buat ni semua. kalau tak rajin memang tak ke manalah jawabnyaa. lagipun mak ayah aku tak bagi aku kerja kat luar sana. yelahh aku ni baru 16 tahun (umur yang tak sesuai kerja makan gaji). 

      Tapi kalau buat bisnes jahit felt ni diaorang tak marah pun. malahan, diaorang siap bagi sokongan lagi. sokongan bukan setakat daripada mak ayah, tapi termasuk jugak akak aku (tukang promote). yelahh kerja dekat rumah je. tak susahkan diaorang nak hantar pegi kerja ke apa ke kann. agak-agak penat jahit, boleh membuta japp, online ke. hhe. senang kerja macam ni. 

p/s: korang tak berminat ke nak tempah? kalau rasa nak, boleh pm dekat fb ok. ohh gambar-            gambar felt yang lain pun aku ada selitkan kat fb:))

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka