Skip to main content

Travelog: Padang, Indonesia [Part 2]

Assalamualaikum.

ok, harini aku nak cerita Part 2 punya holiday trip. agak-agaknya, Day 2 ni apa yang kitaorang buat? tempat mana pulak kitaorang pergi? haa, ni nak cerita la ni. sabar sabar. :P pape pun kita start dari awal dulu. 


Bismillah. . . 


          Trip Padang hari kedua ni, kitaorang habiskan dengan pergi shopping, and melawat tempat bersejarah. seawal 7.00 pagi (waktu Indonesia) aku dah kena bangun. sebabnya encik supir akan sampai pukul 8.30 a.m sharp! pagi tu sarapan, hotel yang sediakan. first time rasa sarapan dekat dekat bumi Padang ni. pagi tu aku breakfast mee goreng dengan teh. rasa dia? ok, yang ni sedap. first time rasa mee goreng dia, memang sedap. siap ditabur bawang goreng kau! haha. cakap pasal mee, dekat sini diaorang tak guna mee kasar macam dekat Malaysia. kalau sebut je mee goreng, diaorang akan bagi maggie goreng. diaorang serve mee siap dengan keropok lagi. keropok dia absolutely delicious, marvelous. hhe. terbaikkk.


Perut dah kenyang, encik supir pun dah datang, so journey pun bermulaa. butik pertama yang aku pergi, butik Putri Minang. dekat situ, kitaorang tak beli apa-apa. just survey harga dulu. kot-kot kalau ada lagi kedai lain yang lagi murah and lagi cantik kainnya, takdalah menyesal. kan? 



Model butik. haha, takdalah. ni abang and abang ipar aku. :))

          Butik kedua yang aku pergi, butik Linduang Bulan. haa, dekat sini memang banyak gila borong. lagi-lagi mak dengan akak aku. banyak betul kain pasang yang diaorang beli. (penuh luggage dengan baju pasang saje)  heheh. harga murah, kain pun cantik-cantik. aku pun tak lepaskan peluang beli kain and blouse kat sini. murah beb. takkan tak beli? kat sini, aku nak bagi tips sikit. dalam ghairah nak beli kain tu, kita kena juga beringat. jangan main bantai je beli. kena jugak check jenis kain tu betul-betul. pastikan takda cacat cela. kalau boleh, bukak bungkusan setiap kain yang korang nak beli tu. takut-takut ukuran setiap kain tak sama, tapi harganya semua sama. dah rugi dekat situ. 

nilah dia contoh-contoh baju yang ada dekat butik Linduang Bulan. 
cantik kan?

Lepas dah habis borong kain pasang, encik supir bawak pulak kitaorang naik bukit ke Puncak Lawang. struktur jalan dekat sana saling tak tumpah macam ular kena patuk. abang ipar aku sampai mabuk-mabuk, pening. haha mengalahkan perempuan preggy pulak. dekat Puncak Lawang ni, pemandangan dia memang cantik sangat. tambahan pula, dekat situ ada tasik yang luas. and again, tasik tu pun cantikkkk. walaupun cuaca time tu tengah panas terik (sebab dah tengah hari) tapi angin dekat puncak tu seriously sejuk gilaa. haha, kalau boleh aku nak duduk situ sampai malam. rasa tenang, nyaman dan selesa. ewahhh. 

Scenery. Puncak Lawang

Family photo. Puncak Lawang.

          Pada hari yang sama juga, kitaorang pergi rumah Gadang. dulunya, rumah Gadang ni istana. tapi sekarang dah dijadikan tempat untuk para pelancong. dekat sana ada banyak pameran yang boleh kita tengok. semuanya tentang adat Minangkabau. banyak juga ilmu yang aku dapat dekat sana. selain tu, aku dapat try pakai pakaian perkahwinan adat Minangkabau. pakaian dia memang serabut sikit. tapi, overall oklaa. 


 

Additional info tentang Adat Perpatih Part 1 and Part 2


Pakaian adat.

Sekitar rumah Gadang.

Lepas dah syok lawat rumah Gadang, kitaorang teruskan journey cari tempat makan. macam biasa, hidangan makanan yang sama. lepas makan, kitaorang solat dekat masjid sebelah restoran. toilet awesome bersih! i likee. uniknya dekat sini, depan tempat nak ambil wudhuk tu, dia ada sediakan takungan air. tujuannya untuk pastikan kawasan situ sentiasa bersih. satu nilai lagi yang harus dipuji. :))

          Lepas dah selesai isi perut, solat semua. kitaorang teruskan perjalanan ke Pasar atas. perjalanan ke sana, lebih kurang sejam lebih.sebab nak turun bukit.(kat sana memang banyak bukit bukau).  hhe  Pasar Atas ni terletak dekat dengan Jam gadang (menara jam dekat Padang) . Suasana pasar atas ni sama je macam pasar malam dekat Malaysia. tapi kebanyakannya jual barang-barang dan pakaian. makanan tak banyak sangat jual. tengah syok-syok jalan, tetiba aku terjumpa satu 'gerai bergerak'. 'gerai' ni siap ada musik. musik 
dia ala-ala bunyi ais-krim paddle pop yang lalu depan rumah tu. haha. tapi ni bukan paddle pop. tapi ni Sari Roti. aku ngan akak aku memang suka betul bila nampak Sari Roti. mengekek-ngekek kitaorang gelak. hahahaa bunyi dia kelakar tapi unik. 

dekat sekitar Pasar Atas ni, ada KFC, Pizza Hut, even kedai Levis pun ada. aku ingatkan dekat tempat ala-ala kampung ni takda. rupanya, melambak kedai berjenama. hahaha. barang-barang dekat pasar atas ni memang murah. kalau nak murah lagi, janganlah segan-segan nak tawar. peniaga dekat sana ok je. tapi korang kena pandai bargain laa. ;)

Jam Gadang.

Di sekitar Pasar Atas. 

Garpu unik.
hahaha. 

p/s: tomorrow entry Part 3 .










Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka