Skip to main content

Travelog: Holiday - Padang, Indonesia [Part 1]

Assalamualaikum,

Sebagaimana yang aku dah promise, harini aku nak cerita pasal pengalaman aku di Padang, Indonesia. err, sorry lah sebab baru nak cerita. computer aku buat masalah sikit. but sekarang ni dah ok. hhe. tapi ni baru part 1 (Day 1). maknanya, aku memang ada banyakk benda nak share dengan korang. aku rasa part 1 ni pun boleh tahan panjangnya. so first of all, tarik nafas dulu ok? 


Bismillah . . . 


          Pagi 22 Nov 2013 tu, aku satu family bangun awal pagi (4 a.m). bangun awal sebab kitaorang nak kena bertolak ke KL. kang kalau lambat bertolak, ada yang kena tinggal flight. tak masal nangis tak berlagu nanti. hahaha. lebih kurang pukul 9 lebih aku sampai KL. but before ke LCCT Airport, kitaorang berehat-rehat dulu dekat Masjid Sultan Abdul Samad. then pukul 10.30 a.m baru bertolak ke LCCT. lepas dah uruskan check-in ticket, luggage scan & drop, imigresen semua, barulah check-in platform. dalam pukul 1 p.m lebih, aku dah fly daripada LCCT ke Minangkabau Airport. perjalanan ke sana lebih kurang dalam sejam lebih. hhu, bestt! 



Mencuci mata.

Masya allah, bila aku dah ada dekat atas, aku taktau nak ekspresikan perasaan tu macam mana. panorama kat bawah tu, seriously cantik, subhanallah, cantik betul ciptaan Allah. time tu tiba-tiba aku rasa sebak. Ya Allah, betapa besarnya kekuasaan Allah. nampak tak betapa kerdilnya kita ni? kita cuma hamba yang banyak sangat kekurangan. Allahuakbar :')

          Sebenarnya, kalau korang nak tau, Indonesia dengan Malaysia ada perbezaan waktu. bezanya tak banyak. cuma 1 jam je (Indonesia lewat sejam). Sampai je dekat Airport, dah ada encik supir yang menuggu. katanya, dia dah tunggu kitaorang sejak pukul 11 a.m (waktu Indonesia) lagi. wahh awal betul! hahaa takut macet (jammed) katanya. hhe, jejak je kaki di bumi Indonesia, perut aku dah menyanyi-nyanyi dah. so, encik supir (driver) bawak lah kitaorg pergi makan dekat Rumah Makan Lamun Ombak. Makanan dekat sini, rasanya semua sama je. mana-mana kedai makan yang korang pergi, diaorang akan sediakan lauk yang sama. rasa dia pun sama. tak banyak beza pun. tapi makanan paling sedap kat sini, masak lemak cili api. perghh memang terbaikk lah. menepati citarasa aku. 

Sesi makan. 

Dekat sini, kalau nak makan, tak boleh makan sembarangan. maksud aku, jangan makan semua lauk yang dihidang. makan apa yang korang rasa korang nak makan, kalau korang makan semua, maknanya korang kena bayar harga semua lauk tu laa. kalau sampai kat kedai diaorang, diaorang memang akan sediakan semua jenis lauk. lebih daripada 5 jenis hidangan. haa, bayangkann. kalau makan banyak, so bayar pun banyak laaa. *peace*

          Selesai makan, kitaorang bertolak ke hotel. hotel yang aku duduk, terletak dekat Bukit Tinggi. so perjalanan dari tempat makan tadi ke hotel mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. masa perjalanan lama sebab hotel aku dekat atas bukit. kawasan Bukit Tinggi tu memang sangat sejuk. macam Cameron Highland (tapi lagi sejuk). sepanjang perjalanan, kiri kanan aku penuh dengan sawah-sawah padi dan hasil tanaman. orang dekat sana kerja diaorang memang suka bertani. semua tanam sendiri. even ayam, ikan, itik, lembu, kerbau, pun ternak sendiri. bagus kan? walaupun diaorang tak banyak duit macam kita dekat sini, tapi diaorang tak pernah berlapar. walaupun gaji diaorang tak sampai RM700 sebulan, diaorang tetap boleh hidup macam kita dekat sini. Ya Allah, rasa insaf pula. 

Sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi.

ohh lagi satu fakta menarik dekat Padang ni, di setiap 500m perjalanan mesti ada masjid. tak heran lah kebanyakan penduduk dekat sana beragama Islam. perasan tak dekat gambar atas? dekat celah-celah rumah orang, diaorang bina masjid. masjid diaorang memanglah tak sebesar masjid macam dekat Malaysia. tapi masjid dekat sana cantik, bersih, paling penting, masjid diaorang berlantaikan mozek. padahal rumah-rumah diaorang cuma berlantaikan kayu atau buluh. kalau kaya sikit, mungkin beralaskan tikar getah. berapa bilangan masjid dekat sana pun aku taktau. sebabnya, terlalu banyak. even dekat sebelah butik-butik pakaian pun ada diaorang buat masjid. Masya allah :') 

   cakap pasal struktur jalan pula, hmm. jalan kat sana agak sempit. kalau selisih kereta antara kereta, lori or apa apa jenis kenderaan (tak kira kecik atau besar), memang ngeri oiii. aku takut je kalau-kalau tergesel ke apa ke. heiii. tapi yang menariknya, walaupun jalan sempit, kenderaan banyak, dekat sana memang jarang berlaku kemalangan. selama 4 hari aku dekat sana, baru sekali aku nampak ada kemalangan. itupun terlanggar sikit je. cuba kalau dekat Malaysia? dah berpuluh kemalangan berlaku dalam sehari. (erm, I think so). sebenarnya, diaorang dekat sini, saling bertolak ansur. wow, satu nilai yang harus dipuji right? tulah sebabnya jarang berlaku kemalangan. isyarat 'hon' dekat sini memang popular. tandanya, minta bagi laluan. kalau dekat Malaysia, isyarat 'hon' tanda marah kan? nampaknya, ada sesuatu yang kita kena ubah. hhe :)

           setelah 2 jam lebih duduk dalam van, (sambil mencuci mata tengok alam sekeliling) akhirnya sampai juga dekat hotel (Hotel Flaminggo, Bukit Tinggi). cakap pasal hotel, hotel ni boleh dikategorikan antara hotel yang terbaik dekat sana. hotel bertaraf 4 bintang katanya. included free Wi-fi. so takyah risau la kalau korang ni jenis kaki online (like me). dalam hotel ni, memang full air-cond. jangan risau, kalau duduk dekat Bukit Tinggi ni, korang takkan berpeluh dan takkan rasa panas. serious talk ni. memang terbaikkk. air dekat sana, perghh memang sejuk gilaaa. macam ais. menggigil-gigil jugak lah aku setiap kali nak mandi ataupun nak ambil wudhuk dekat masjid-masjid diaorang. tapi kalau dekat hotel, memang ada sediakan shower panas. cumanya aku tak suka nak guna. sebab aku ni memang jenis suka sejuk. hahaa patutnya aku ni boleh dicampakkan aje dekat Kutub Utara or Kutub Selatan sanaa. XD

Hotel Flaminggo, Bukit Tinggi.

p/s: sampai sini dulu aku story. part 2 aku akan ceritakan nanti. stay tuned guys :))







Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka